Selimut Putih.
Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi guna harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalah ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman. Bila Izrail datang memanggil, Tidak kira masa mahupun mana, Hilanglah tawa ‘anak kecil’, Yang lupa dunia hanya sementara. Hutang, wasiat, harta pusaka sudah dikira, Sanak saudara dan kenalan rapat dikumpul bersama, Bimbang urusan dunia menjadi penghalangnya, Untuk diangkat bertemu Dia. Kala itu bergegaslah manusia bersatu, Melupakan perdebatan yang terdahulu, Melihat musuhnya pergi dahulu, Mengingatkan dia bahawa kita sebenarnya umat yang satu. Keliru dengan situasi, Maka cemaslah me...