Posts

Showing posts from October, 2014

Janji dan Perubahan.

Image
Suatu masa dahulu, Aku pernah mengaku, Di hadapan Yang Maha Satu, Bahawa aku ini batu. Ke kiri ke kanan melilau, Jatuh bangun aku tak pernah hirau, Putih hitam hati aku biar diri dipukau, Baik buruk semua aku pulau. Gembira ku sangka bahagia, Bahagia ku sangka kekal selamanya, Rupanya itu semua dusta semata, Yang menarik aku jauh lebih lupa. Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya, Lalai dari Tuhan Sang Pencipta, Leka dengan nikmat duniaNya, Penyakit yang sentiasa berjaya. Aku malu, Untuk bertemu denganMu, Dalam keadaan sebegitu, Penuh dengan dosa yang berdebu. Kau jaga aku, Kau bimbing aku, Kau berikan aku, Hidayah secara bertalu-talu. Kau ingatkan aku, Kau sedarkan aku, Kau bangkitkan aku, Buka mata dan hatiku, Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu, Kewujudannya sebelum itu. Malam yang hening, Ku tadahkan tangan yang kering, Meluahkan isi hati yang pusing, Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring. Butir-butir jernih mengalir, Tur

Bangkai.

Image
Aku termenung lama, Melihat bangkai itu, Merenung apa yang telah terjadi, Hingga dia jadi begitu. Aku membayangkan, Dia telah lama terdampar, Menunggu dalam kesakitan, Mengharap agar ada bantuan yang datang. Dalam keperitan, Masih mampu bersabar, Melawan rasa yang semakin menggigit, Menahan rasa yang semakin menyeksa. Dalam kesedihan, Masih mampu untuk melawan, Arus ombak yang tidak pernah berhenti, Untuk kembali ke lautan yang diidami. Detik demi detik berlalu, Jam demi jam menghilang, Hari demi hari berlepas lalu, Namun masih tiada yang membantu. Kekuatan dalam diri sedikit demi sedikit menghilang, Keinginan untuk hidup sedikit demi sedikit berkurang, Penglihatan semakin lama semakin kabur, Pendengaran semakin lama semakin kurang jelasnya. Nafas semakin sesak, Jantung berdegup kencang, Sakit sesak lagi menyesakkan, Sempit bagai ada yang menghalang. Pedih. Seperti pokok yang telah bercambah akarnya dicabut keras sekali, Seperti kuku ditanggal

Aku dan 'aku'.

Image
Dia tanya, Mana satu aku, Aku tak tahu, Kerana bukan aku yang menjadi penentu. Kadangkala aku adalah aku, Kadangkala aku adalah ‘aku’, Hari demi hari berlalu, Membiarkan aku termangu-mangu. Walaubagaimanapun, aku tahu sesuatu, yang menjadi pembeza ini dan itu, Dan jikalau kau tahu, aku sangatlah terharu. Sahabat, Insan yang muncul dikala ku kaku, Bingung tidak tahu ke mana arah hendak dituju, Kau muncul membimbing aku ke arah yang satu. Hanya sahabat sejati yang dapat mengenali aku diantara yang dua itu, Kerana mungkin yg dua itu tidak cukup untuk menerangkan siapa aku, Lebih-lebih lagi jikalau dua-dua itu sebenarnya bukan aku, Duh ketahuilah muka buku ini hanya sekadar untuk menipu. Dua tidak semestinya melambangkan yang satu, Kerana satu tetap selamanya satu, Tapi dari satu itu mampu bercambah kepada beribu, Oh maafkan aku, aku membuatkan kau keliru. Mari sini aku bantu, Dengan pesanan yang jitu, Yang mampu membuat kau restu, Dengan siapa sebenarnya

Mimpi.

Image
  Ia datang. Saat mata aku terpejam. Memberi warna kepada pandangan yang hitam. Membawa aku jauh dari dunia yang kelam. Mereka. Hadir dalam diam. Membawa seribu kalam, Merungkai persoalan yang mendalam. Aku membisu. Diam lesu dan kaku, Tidak mampu bergerak ke sini dan ke situ, Hanya mampu melihat wajah-wajah yg ku rindu. Mengapa kau datang ? Membawa perasaan yang sukar hilang, Menarik aku dari tidur yang panjang, Hingga aku tidak mampu bertenang. Aku letih. Kau buat aku begini, Berlari berkejaran mengejar mimpi, Yang Hadirnya aku sendiri tidak pasti. Kadang-kadang aku terfikir, Ini mimpi atau realiti ? Jelasnya tampak begitu sekali, Seperti mati hidup kembali. Termangu-mangu. Tercungap-cungap. Bingung. Gembira. Kecewa. Sedih. Marah. Takut. Kau buat aku begini, Bukan sekali malah berkali-kali. Dari kecil hingga aku mampu berdiri sendiri. Tidakkah kau sudah berpuas hati? Tinggalkanlah aku ! Biarkan aku jalani hidup ini. Tanpa kedatangan kau di ma