Posts

Showing posts from 2016

Family is all I need.

Jam di dinding terus berdetak.   Aku termenung. Merenung jarum jam yang bergerak. Tidak pernah berhenti. Sebagaimana jantungku yang sentiasa berdegup. Hatiku juga terus berdebar. Ku alihkan pandangan ke siling. Kepala ku baringkan ke atas bantal. Debaran terus menerus dirasa. Sebagaimana nafas terus menerus dihembus. Tapi mengapa tak ku lepaskanmu dari fikiranku. Cubaan untuk memejamkan mata sudah lama gagal. Cubaan untuk menutup minda tidak pernah berjaya. Mengapa mesti aku berfikir? Pada sesuatu yang tidak pernah aku pasti tentangnya. Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti. Otak yang ligat berputar membuatkanku sakit. Penantian yang lama ini kian sampai kemuncaknya. Mampukah aku terus bersabar dan menunggu? Atau patutkah aku menghentikan segala usaha? It’s been a long day, without you, my friend. Suhu yang sejuk terus mencengkam. Ku tarik selimut tebal membaluti tubuhku. Ibarat kehadiran seorang teman imaginasi. Yang menemani kala diri diuj

Kehendak

Sudah satu, satu lagi, Selesai satu, yang lain datang memunculkan diri, Hari-hari tiada henti, Kehendak manusia yang tidak pernah mengerti. Apa erti hidup bagi kamu? Hari-hari menuruti nafsu? Berlari-lari memburu perkara yang palsu? Membuktikan bahawa diri kamu bukannya batu? Pergi jauh kamu pergi, Tiada lagi aku mengingini, Segala kehendak kamu perlu aku turuti, Pergi jauh kamu pergi. Tolong, aku tidak lagi berkehendak, Aku bukan lagi seorang budak, Biarkan aku di sini menjadi pekak, Jauh dari kamu yang seperti merak. Tolong, tidak lagi aku mahu, Menambahkan beban-beban di bahu, Yang sentiasa membuatkan aku lesu, Lemah tak berdaya lalu terbaring kaku. Tinggalkan aku menyendiri, Biarkan aku pergi, Hilang jauh membawa diri, Mencari kebebasan yang aku idami. 10:21 PM, 28/7/2016 Mohammedia, Morocco.

Puisi Buat Ummiku Tercinta

Image
Ummi, Diriku ini sentiasa mengingatimu, Dalam sedar dan dalam tidurku, Siang dan malamku dipenuhi dengan kenangan bersamamu, Sehinggakan kadangkala aku terduduk diam membisu. Memikirkan mampukah aku meneruskan hidup tanpamu. Ummi, Wajahmu penyejuk mata, Kata-katamu pemberi semangat luar biasa, Sentuhanmu amat didamba, Ketiadaan kehadiranmu di sisi sangat dirasa. Ummi, Empat puluh tahun dahulu kau dilahirkan ke dunia, Disambut bahagia oleh ibu bapa, Dua puluh tahun kemudiannya tibalah saat diriku pula, Muncul memberikan kebahagiaan kepada kalian berdua. Ummi, Aku kini telah mencapai usia dua puluh tahun itu, Aku kini telah sampai di pertengahan perjalananmu dahulu, Aku kini semakin merasai pahit manis pengalamanmu, Yang selalu kau ceritakan kepadaku, Saat aku masih kecil masih tidak tahu menahu. Berada di pertengahan usia, Membuatkan aku sering tertanya-tanya, Mengapakah jalan kita berdua seakan-akan sama, Minat, rasa dan pemikiran, seolah-olah tiada be