Posts

Showing posts with the label Bicara berirama

Selimut Putih.

Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi guna harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalah ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman. Bila Izrail datang memanggil, Tidak kira masa mahupun mana, Hilanglah tawa ‘anak kecil’, Yang lupa dunia hanya sementara. Hutang, wasiat, harta pusaka sudah dikira, Sanak saudara dan kenalan rapat dikumpul bersama, Bimbang urusan dunia menjadi penghalangnya, Untuk diangkat bertemu Dia. Kala itu bergegaslah manusia bersatu, Melupakan perdebatan yang terdahulu, Melihat musuhnya pergi dahulu, Mengingatkan dia bahawa kita sebenarnya umat yang satu. Keliru dengan situasi, Maka cemaslah me...

Seorang atau Ramai-ramai?

Image
Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang hidup bersendirian. Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang berasa keseorangan. Yang berada dalam keramaian, tariklah yang seorang masuk ke dalam kumpulan. Yang berasa keseorangan, keluarlah cari keramaian. Yang gembira dalam keramaian, jangan lupakan yang seorang. Yang sedih dalam sendirian, jangan pergi jauh menghilang. Wahai yang ramai, selamatkan yang sendirian, sebelum datangnya sesal, akibat sikap suka mengabaikan. Wahai yang sendirian, lawan hasutan syaitan, bangunlah dan berjalan, carilah nikmat Tuhan... Tetapi, Jangan disangka juga, berada dalam keramaian, syarat untuk kamu bahagia. Mungkin pula dalam kesunyian yg menimpa, kamu akan lebih dekat dengan-Nya. Mungkin jua, dengan jauhnya kamu dari mereka, Selamatlah kamu dari sebarang dosa dan malapetaka. Mungkin jua, tegak berdiri tanpa sesiapa, Menjadikan kamu lebih kuat, tabah menghadapi segalanya, Sehingga melepasi tahap yang pernah kamu sangka. Te...

Penjara.

Penjara. Aku di dalamnya. Untuk sekian lama. Persoalannya sampai bila. Kehidupan yang aku sangka, Akan semakin baik jadinya, Bahagia selamanya seperti dalam cereka, Tidaklah sebegitu rupa. Kadang-kadang terlintas juga, Aku selalu meminta untuk bahagia, Mungkinkah ini sebenarnya, Cara hidup yang bahagia? Aku juga meminta, Ditakdirkan dengan yang baik-baik sahaja, Dijauhkan dari segala malapetaka, Mungkinkah ini sebenarnya yang aku minta? Kembali ke penjara, Masih adakah mereka yang mampu bebas darinya? Mampukah mereka meneruskan hidup seperti biasa? Adakah mereka masih akan menjadi orang yang sama? Ada jalannya, Ada caranya, Banduan yang sentiasa waras akal fikirannya, Akan dibebaskan jua. Tidak terganggu dengan sekelilingnya, Satu matlamat dipahat di kepala, Untuk bebas dari si penjara, Dan tidak kembali semula kepadanya. Aku cuma perlu terus berpura-pura, Berlakon dengan segala bakat yang aku ada, Melepasi satu penjara ke satu penjara, Hingga ...

Manusia.

Manusia, insan yang lupa, Manusia, insan yang hina, Dibuat dari tanah dan segala kandungannya, Ditiupkan roh maka jadilah ia. Kau, insan yang hina, Kau, insan yang lupa, Yang akan kembali kepada tanah dan segala kandungannya, Kembali pada Dia Yang Menguasai SegalaNya. Kalau kau hina, mengapa kau lupa? Kalau kau tiada kuasa, mengapa kau berlagak seperti ada? Namun Tuhan Maha Mengetahui Segalanya. Telah disebut sifat kau yang lupa dalam kalam-Nya. Wahai insan yang lupa, Bukan sahaja lupa malah selalu leka, Dalam dunia ini bukan hanya ada kau sahaja, Duh, Dunia ini tidak dicipta hanya untuk SEORANG hamba. Ketahuilah, kau sedang berkongsi nikmat-Nya, Yang kau hirup melalui udara, Yang kau rasa melalui deria-deria, Yang kau lihat menggunakan mata. Bangunlah beri sedikit kerjasama, Gerakkan anggota-anggota yang sudah kaku jadinya, Akibat kemalasan kau yang sebegitu rupa, Hanya mahu tidur beralaskan bantal permata. Tidak akan ada kita jika Adam tidak ditemani Haw...

It Will Be Me.

Image
An Answer for “I Need Someone”. If you hear a voice in the middle of the night, Saying it will be alright, It will be me. If you feel a hand guiding you along, When the path seems wrong, It will be me. There is no mountain that I can't climb, For you, I'd swim through the rivers of time, As you go your way and I go mine, A light will shine, And it will be me. If there is a key that goes to your heart, A special part, It will be me. If you need a friend, Call out to the wind, To hold you again, It will be me. Oh, how the world seems so unfair, Creating a love that cannot be shared, As you go your way and I go mine, A light will shine, And it will be me. Past the ever after, there's a place for two, In your tears of laughter, I'll be there for you. In the sun and the moon, In the land and the sea, Look all around you, It will be me. There is no mountain that I can't climb, For you I'd swim through the rivers of t...

I need someone.

I need someone, To hold my hand, Keep it tight, Give me a little sense of warmness. I need someone, to give me one big smile, and make me happy, in every second of every day. I need someone, to hug me, whenever I feel like I can’t hold it anymore, whenever I want to fell down badly and seriously injuring myself. I need someone, to hear my babble, to hear my nonsense talking, and laugh at my jokes. I need someone, to give me advices, a lot and lot of advices, that will give me branches lights of hope. I need someone, that will always think about me, because she/he cares everything about me, and doesn’t leave me alone crying under the blanket. I need someone, Who will always say, “It’s okay Husna. I know you can do it.” And never have a doubt in my ability to do something, But will take a super-duper-fast action, whenever she/he senses something wrong with my ability at that time. I need someone, that always know something about my emotion, with...

Pertemuan dan Perpisahan

Image
  Hai kau di sana, Kau hadir dahulu di dalam berita, Belum lagi bertemu muka dan sua, Namun aku sudah teruja. Aku menunggu menahan kinja, Kunjungan yang tidak tiba-tiba, Akibat tersekat di sini dan sana, Apakan daya bukanlah aku pemegang kuasa. Ku biarkan perginya masa, Harapan ku jauhkan agar tidak terluka, Menerima sahaja apa yang ada, Agar tidak akan merasa hampa. Akhirnya tiba jua anak-anak sang raja, Hadirnya sahaja membuatkan aku ketawa, Patah katanya memberi aku seribu makna, Menyedari diri ini sudah tua. Maka episod baru pun bermula, Bersama segunung harapan kepada Yang Maha Esa, Agar tiada lagi duka dan lara, Agar hidup ini hanya dipenuhi dengan bahagia. Kau dan aku bersama-sama, Meniti hidup yang hanya sementara, Menyelami hati juga bicara jiwa, Meluahkan apa yang sudah dirasa. Benarlah kata dan bicara, Kita tidak akan selamanya gembira, Hadir dalam senyap, badai yang melanda, Menguji keutuhan ukhuwwah kita. Sudah jatuh ditimpa tangga,...

Human.

Image
I can hold my breath, I can bite my tongue, I can stay awake for days, If that's what you want, Be your number one . I can fake a smile, I can force a laugh, I can dance and play the part, If that's what you ask, Give you all I am . I can do it, I can do it, I can do it, But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human . I can turn it on, Be a good machine, I can hold the weight of worlds, If that's what you need, Be your everything . I can do it, I can do it, I'll get through it … But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human, I'm only human, I'm only human, Just a little human, I can...

Janji dan Perubahan.

Image
Suatu masa dahulu, Aku pernah mengaku, Di hadapan Yang Maha Satu, Bahawa aku ini batu. Ke kiri ke kanan melilau, Jatuh bangun aku tak pernah hirau, Putih hitam hati aku biar diri dipukau, Baik buruk semua aku pulau. Gembira ku sangka bahagia, Bahagia ku sangka kekal selamanya, Rupanya itu semua dusta semata, Yang menarik aku jauh lebih lupa. Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya, Lalai dari Tuhan Sang Pencipta, Leka dengan nikmat duniaNya, Penyakit yang sentiasa berjaya. Aku malu, Untuk bertemu denganMu, Dalam keadaan sebegitu, Penuh dengan dosa yang berdebu. Kau jaga aku, Kau bimbing aku, Kau berikan aku, Hidayah secara bertalu-talu. Kau ingatkan aku, Kau sedarkan aku, Kau bangkitkan aku, Buka mata dan hatiku, Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu, Kewujudannya sebelum itu. Malam yang hening, Ku tadahkan tangan yang kering, Meluahkan isi hati yang pusing, Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring. Butir-butir jernih mengalir, Tur...

Bangkai.

Image
Aku termenung lama, Melihat bangkai itu, Merenung apa yang telah terjadi, Hingga dia jadi begitu. Aku membayangkan, Dia telah lama terdampar, Menunggu dalam kesakitan, Mengharap agar ada bantuan yang datang. Dalam keperitan, Masih mampu bersabar, Melawan rasa yang semakin menggigit, Menahan rasa yang semakin menyeksa. Dalam kesedihan, Masih mampu untuk melawan, Arus ombak yang tidak pernah berhenti, Untuk kembali ke lautan yang diidami. Detik demi detik berlalu, Jam demi jam menghilang, Hari demi hari berlepas lalu, Namun masih tiada yang membantu. Kekuatan dalam diri sedikit demi sedikit menghilang, Keinginan untuk hidup sedikit demi sedikit berkurang, Penglihatan semakin lama semakin kabur, Pendengaran semakin lama semakin kurang jelasnya. Nafas semakin sesak, Jantung berdegup kencang, Sakit sesak lagi menyesakkan, Sempit bagai ada yang menghalang. Pedih. Seperti pokok yang telah bercambah akarnya dicabut keras sekali, Seperti kuku ditanggal...

Aku dan 'aku'.

Image
Dia tanya, Mana satu aku, Aku tak tahu, Kerana bukan aku yang menjadi penentu. Kadangkala aku adalah aku, Kadangkala aku adalah ‘aku’, Hari demi hari berlalu, Membiarkan aku termangu-mangu. Walaubagaimanapun, aku tahu sesuatu, yang menjadi pembeza ini dan itu, Dan jikalau kau tahu, aku sangatlah terharu. Sahabat, Insan yang muncul dikala ku kaku, Bingung tidak tahu ke mana arah hendak dituju, Kau muncul membimbing aku ke arah yang satu. Hanya sahabat sejati yang dapat mengenali aku diantara yang dua itu, Kerana mungkin yg dua itu tidak cukup untuk menerangkan siapa aku, Lebih-lebih lagi jikalau dua-dua itu sebenarnya bukan aku, Duh ketahuilah muka buku ini hanya sekadar untuk menipu. Dua tidak semestinya melambangkan yang satu, Kerana satu tetap selamanya satu, Tapi dari satu itu mampu bercambah kepada beribu, Oh maafkan aku, aku membuatkan kau keliru. Mari sini aku bantu, Dengan pesanan yang jitu, Yang mampu membuat kau restu, Dengan siapa sebenarnya...

Mimpi.

Image
  Ia datang. Saat mata aku terpejam. Memberi warna kepada pandangan yang hitam. Membawa aku jauh dari dunia yang kelam. Mereka. Hadir dalam diam. Membawa seribu kalam, Merungkai persoalan yang mendalam. Aku membisu. Diam lesu dan kaku, Tidak mampu bergerak ke sini dan ke situ, Hanya mampu melihat wajah-wajah yg ku rindu. Mengapa kau datang ? Membawa perasaan yang sukar hilang, Menarik aku dari tidur yang panjang, Hingga aku tidak mampu bertenang. Aku letih. Kau buat aku begini, Berlari berkejaran mengejar mimpi, Yang Hadirnya aku sendiri tidak pasti. Kadang-kadang aku terfikir, Ini mimpi atau realiti ? Jelasnya tampak begitu sekali, Seperti mati hidup kembali. Termangu-mangu. Tercungap-cungap. Bingung. Gembira. Kecewa. Sedih. Marah. Takut. Kau buat aku begini, Bukan sekali malah berkali-kali. Dari kecil hingga aku mampu berdiri sendiri. Tidakkah kau sudah berpuas hati? Tinggalkanlah aku ! Biarkan aku jalani hidup ini. Tanpa kedatangan kau d...

Cebisan Memori

Image
Maka, kali ini. Cubaan kedua. Kehendak yang entah kali keberapa. Aku cuba. Kali ini, dengan tiada desakan, Tiada harapan digantungkan, Aku cuba untuk mula. Kali ini, dan harapannya bukan hanya yang ini, moga ditambah lagi dengan selain ini, agar dapat memberi kebaikan buat diri sendiri. Malah mungkin juga kepada yang membaca tanpa bunyi. :) Bismillah.