Posts

Showing posts from 2015

Bisikan untukmu.

Image
Pejamkan matamu, Hilangkan duniamu, Biarkan ia berlalu, Hanyut dibawa arus yang laju. Jernihnya sungai yang mengalir, Sejuknya ia kau ketap bibir, Tenanglah dikau jangan difikir, Pergilah kau pergi berzikir. Ia bukan salahmu duhai kasihku, Tiap yang berdiri pasti kan jatuh ke situ, Bangun kembali tarik dirimu, Cari Ilahi bebaskan diri yang dibelenggu. Hiraukan mereka yang berkata-kata, Salahmu dijulang diangkat nyata, Indahmu ditutup dipandang sebelah mata, Senang ada, susah tiada, Apa guna kata bicara? Roda berputar tiada henti, Kau di atas jatuh ke bawah sekali, Tidak mengapa wahai kekasih hati, Asal kau mampu bangun kembali, Itu sudah cukup bagi seorang insani. Tenanglah kau di sana, Lihatlah awan laju sungguh ia, Ditiup angin pembawa sentosa, Damailah kau melihat kebesaran-Nya. Ditulis pada: 10:27 PM, 30/05/2015, Mohammedia, Morocco.

Redha

Image
Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya Bukan ditakdir untuk menyiksa Biarpun kita terasa berjauhan Namun jiwa bagaikan tiada sempadan Itu yang terbaik untuk setiap insan Saling memahami Redha dengan kehendak Ilahi Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati An'amta 'alayya wa'ala walidayya Wahai Tuhanku Ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur Atas nikmat-Mu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibu bapaku Walau pedih Ku terima Ia hanya sementara jua Redha dengan qada' qadar-Nya Ada hikmah disebalik Ketentuan-Nya Lagu ni memang sedap sungguh. Lepas dengar sekali, ulang2 tak henti-henti. Bila hayati lirik pun, baru sedar ada kena mengena dgn diri sendiri. Enjoy the nasyid, keep calm and always redha. :) 12:29 AM, 14/11/2015 Mohammedia, Morocco.

Rindu pada siapa aku.

Image
Rindu. Dengan diri yang dahulu. Aku tak tahu. Sejak bila dinding tu ada di situ. Yang memisahkan aku dgn zaman lalu. Atau itu fitrah kehidupan sang dungu. Tidak ada jalan lain selain untuk terus maju. 10:43 AM, 18 Okt 2015, Mohammedia, Morocco.

Diarah dan mengarah.

Image
  Kau pekerja, Kau belajar diarah, Kau belajar berusaha buat kerja sungguh-sungguh untuk puaskan hati ketua. Kau pengarah, Kau belajar mengarah, Kau belajar mengajar orang lain agar dapat puaskan hati kau. . . . Dua-dua susah. Haha. :) 05:22 PM, 20/08/2015, Bandar Baru Bangi, Malaysia. 

Selimut Putih.

Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi guna harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalah ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman. Bila Izrail datang memanggil, Tidak kira masa mahupun mana, Hilanglah tawa ‘anak kecil’, Yang lupa dunia hanya sementara. Hutang, wasiat, harta pusaka sudah dikira, Sanak saudara dan kenalan rapat dikumpul bersama, Bimbang urusan dunia menjadi penghalangnya, Untuk diangkat bertemu Dia. Kala itu bergegaslah manusia bersatu, Melupakan perdebatan yang terdahulu, Melihat musuhnya pergi dahulu, Mengingatkan dia bahawa kita sebenarnya umat yang satu. Keliru dengan situasi, Maka cemaslah me

Pelan-pelan kayuh!

Image
"Suka duka perkara biasa, Kita pasti lalu, Bezanya pada waktu, Bila berlari kenalah berstrategi, Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati, Biarlah terlambat, atur jalan cermat. Pelan-pelan kayuh, Jangan sampai otak penat, Sentiasa bawa diri, hati-hati, Hari-hari, beri erti pada diri. Jangan berhenti kejar mimpi, Senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati, Biarkan saja, takdir semua nyata, Bersyukurlah masih lagi bernyawa.." -Ku Berlari, Firdaus feat Akbar & Cat Farish- Gambar diambil : 6:20 PM, 2 April 2015 (Khamis)                Lokasi : Plage Miramar, Mohammedia, Morocco.

Seorang atau Ramai-ramai?

Image
Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang hidup bersendirian. Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang berasa keseorangan. Yang berada dalam keramaian, tariklah yang seorang masuk ke dalam kumpulan. Yang berasa keseorangan, keluarlah cari keramaian. Yang gembira dalam keramaian, jangan lupakan yang seorang. Yang sedih dalam sendirian, jangan pergi jauh menghilang. Wahai yang ramai, selamatkan yang sendirian, sebelum datangnya sesal, akibat sikap suka mengabaikan. Wahai yang sendirian, lawan hasutan syaitan, bangunlah dan berjalan, carilah nikmat Tuhan... Tetapi, Jangan disangka juga, berada dalam keramaian, syarat untuk kamu bahagia. Mungkin pula dalam kesunyian yg menimpa, kamu akan lebih dekat dengan-Nya. Mungkin jua, dengan jauhnya kamu dari mereka, Selamatlah kamu dari sebarang dosa dan malapetaka. Mungkin jua, tegak berdiri tanpa sesiapa, Menjadikan kamu lebih kuat, tabah menghadapi segalanya, Sehingga melepasi tahap yang pernah kamu sangka. Te

Tegurlah dengan senyuman!

Assalamualaikum. Ni nak cerita. . . . . . . . . . Suatu ketika dahulu, ibuku di dapur pernah bertanya, "Husna, kenapa masam ni?" Maka, aku pun menjawab dengan slumbernya, "Penatlah ummi, macam2 kt sekolah" Ummiku diam lalu mengembalikan paku buah keras, "Hmm... adakah setiap kali penat kita kena masam? Kalau mcm tu umi nk masamlah setiap hari, lepas balik kerja, lepas masak, lepas hantar anak2, sbb hari2 umi penat.. best tak kalau tengok muka umi masam, muka abah masam?" " . . . . . " . . . . . . . . . . Cerita bayangan utk muhasabah. Suatu ketika entah bila, aku bertembung kali kedua dgn cikgu di simpang bilik guru, "Husna... sihat? Ok belajar hari ni?" "Alhamdulillah sihat cikgu hee.." "Amboi td nampak cikgu tak tegur pun ehh.." "Sorry cikgu, td tgh sibuk sikit fikir kerja.." "hmm.. Ok.." . . . . . . . . . Baru terfikir, "Bukankah cikgu tu lagi sibuk dan lagi banyak buat

Ikatan Mata Hati.

Image
  Selalu dikaitkan mata, dengan melihat sesuatu yang buruk, dan mendatangkan dosa, lalu hitamlah hati maka rosaklah ia. Namun, aku di sini, melihat dengan mata, Alam yang sangat indah dicipta oleh-Nya, Dari mata jatuh ke hati tempat ia bertakhta, Maka bertambahlah cinta, Cinta kepada Yang Maha Esa. Terima kasih Ya Allah, Thank You for giving me some comfort here. :') 10:18 AM, 17 Feb 2015 On my way to Tangier from Tetouan.

Penjara.

Penjara. Aku di dalamnya. Untuk sekian lama. Persoalannya sampai bila. Kehidupan yang aku sangka, Akan semakin baik jadinya, Bahagia selamanya seperti dalam cereka, Tidaklah sebegitu rupa. Kadang-kadang terlintas juga, Aku selalu meminta untuk bahagia, Mungkinkah ini sebenarnya, Cara hidup yang bahagia? Aku juga meminta, Ditakdirkan dengan yang baik-baik sahaja, Dijauhkan dari segala malapetaka, Mungkinkah ini sebenarnya yang aku minta? Kembali ke penjara, Masih adakah mereka yang mampu bebas darinya? Mampukah mereka meneruskan hidup seperti biasa? Adakah mereka masih akan menjadi orang yang sama? Ada jalannya, Ada caranya, Banduan yang sentiasa waras akal fikirannya, Akan dibebaskan jua. Tidak terganggu dengan sekelilingnya, Satu matlamat dipahat di kepala, Untuk bebas dari si penjara, Dan tidak kembali semula kepadanya. Aku cuma perlu terus berpura-pura, Berlakon dengan segala bakat yang aku ada, Melepasi satu penjara ke satu penjara, Hingga

Manusia.

Manusia, insan yang lupa, Manusia, insan yang hina, Dibuat dari tanah dan segala kandungannya, Ditiupkan roh maka jadilah ia. Kau, insan yang hina, Kau, insan yang lupa, Yang akan kembali kepada tanah dan segala kandungannya, Kembali pada Dia Yang Menguasai SegalaNya. Kalau kau hina, mengapa kau lupa? Kalau kau tiada kuasa, mengapa kau berlagak seperti ada? Namun Tuhan Maha Mengetahui Segalanya. Telah disebut sifat kau yang lupa dalam kalam-Nya. Wahai insan yang lupa, Bukan sahaja lupa malah selalu leka, Dalam dunia ini bukan hanya ada kau sahaja, Duh, Dunia ini tidak dicipta hanya untuk SEORANG hamba. Ketahuilah, kau sedang berkongsi nikmat-Nya, Yang kau hirup melalui udara, Yang kau rasa melalui deria-deria, Yang kau lihat menggunakan mata. Bangunlah beri sedikit kerjasama, Gerakkan anggota-anggota yang sudah kaku jadinya, Akibat kemalasan kau yang sebegitu rupa, Hanya mahu tidur beralaskan bantal permata. Tidak akan ada kita jika Adam tidak ditemani Haw

Kisah Orang Tua dan Muda

Orang Tua : Bangun awal pagi-pagi sebelum subuh tu… buat qiyam ke, baca quran ke.. Orang Muda : Mengantuklah, malam semalam tidur lewat, banyak kerja kena siapkan. Orang Tua : Jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk… Orang Muda : Laa, bukan boleh solat sunat pun after subuh, tidur je lah, sekejap je pun. Orang Tua : Pergi masuk dapur tu tolong ibu masak sarapan. Orang Muda : Ala, nama pun masak, mestilah golongan ibu-ibu je yang buat.. Orang Tua : Turun sarapan nak, sekali makan dengan keluarga… Orang Muda : Takpelah, sarapanlah dulu. Saya ada banyak kerja ni. Orang Tua : Bawa bekal ni pergi kerja. Nanti boleh makan terus tengahari nanti. Orang Muda : Tak payahlah. Nanti saya keluar makan di kedai je. Orang Tua : Buat kerja bersungguh-sungguh, amanah dengan tanggungjawab.. Orang Muda : Alah, time bos takde, kita curi tulanglah sekejap.. Hidup mesti enjoy! Orang Tua : Nak.. jaga hubungan lelaki perempuan semasa kerja tu… Orang Muda : Itu kawan, susah sena

It Will Be Me.

Image
An Answer for “I Need Someone”. If you hear a voice in the middle of the night, Saying it will be alright, It will be me. If you feel a hand guiding you along, When the path seems wrong, It will be me. There is no mountain that I can't climb, For you, I'd swim through the rivers of time, As you go your way and I go mine, A light will shine, And it will be me. If there is a key that goes to your heart, A special part, It will be me. If you need a friend, Call out to the wind, To hold you again, It will be me. Oh, how the world seems so unfair, Creating a love that cannot be shared, As you go your way and I go mine, A light will shine, And it will be me. Past the ever after, there's a place for two, In your tears of laughter, I'll be there for you. In the sun and the moon, In the land and the sea, Look all around you, It will be me. There is no mountain that I can't climb, For you I'd swim through the rivers of t