Posts

Showing posts from 2014

I need someone.

I need someone, To hold my hand, Keep it tight, Give me a little sense of warmness. I need someone, to give me one big smile, and make me happy, in every second of every day. I need someone, to hug me, whenever I feel like I can’t hold it anymore, whenever I want to fell down badly and seriously injuring myself. I need someone, to hear my babble, to hear my nonsense talking, and laugh at my jokes. I need someone, to give me advices, a lot and lot of advices, that will give me branches lights of hope. I need someone, that will always think about me, because she/he cares everything about me, and doesn’t leave me alone crying under the blanket. I need someone, Who will always say, “It’s okay Husna. I know you can do it.” And never have a doubt in my ability to do something, But will take a super-duper-fast action, whenever she/he senses something wrong with my ability at that time. I need someone, that always know something about my emotion, without

Hamba yang hina.

Image
Ya Allah, berkati hidup aku. Agar semua yang aku lakukan tidak tergolong dalam yang sia-sia. Ya Allah, terima semua amalan aku. Agar tiada satu amalan pun yang tidak dikira. Ampuni aku, Aku hamba yang sangat hina. Gambar diambil : 12:30 PM, 21 Januari 2014 (Selasa)               Lokasi : Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco. 

Ciptaan Tuhan.

Image
" Bagai kanak-kanak kecil melompat riang, Bagai bidadari tersenyum indah sekali. "    Tuhan ciptakan sesuatu itu dengan tujuan, Bukan sahaja-sahaja bukan sekadar mainan. Aku pilih Dia untuk melepaskan luahan, Ciptaan-Nya yang indah tidak pernah mengecewakan, Terima kasih Tuhan, Kerana Engkau, Aku masih mampu bertahan. Gambar diambil: 8:30 AM, 28 November 2014 (Jumaat)                   Lokasi: Plage Mannesman, Mohammedia, Morocco.                  

Pertemuan dan Perpisahan

Image
  Hai kau di sana, Kau hadir dahulu di dalam berita, Belum lagi bertemu muka dan sua, Namun aku sudah teruja. Aku menunggu menahan kinja, Kunjungan yang tidak tiba-tiba, Akibat tersekat di sini dan sana, Apakan daya bukanlah aku pemegang kuasa. Ku biarkan perginya masa, Harapan ku jauhkan agar tidak terluka, Menerima sahaja apa yang ada, Agar tidak akan merasa hampa. Akhirnya tiba jua anak-anak sang raja, Hadirnya sahaja membuatkan aku ketawa, Patah katanya memberi aku seribu makna, Menyedari diri ini sudah tua. Maka episod baru pun bermula, Bersama segunung harapan kepada Yang Maha Esa, Agar tiada lagi duka dan lara, Agar hidup ini hanya dipenuhi dengan bahagia. Kau dan aku bersama-sama, Meniti hidup yang hanya sementara, Menyelami hati juga bicara jiwa, Meluahkan apa yang sudah dirasa. Benarlah kata dan bicara, Kita tidak akan selamanya gembira, Hadir dalam senyap, badai yang melanda, Menguji keutuhan ukhuwwah kita. Sudah jatuh ditimpa tangga, Us

'Baik'.

Image
“Baiknya dia…” “Eleh, dia baik macam tu sekali sekala je.” “Alah, adalah tu benda yang dia nak. Sebab tu dia buat baik kejap.”   “Baiknya dia…” “Alah biarlah dia nak jadi baik, kita ni tak mampu.” “Alhamdulillah, ada lagi manusia yang baik atas muka bumi ni.” “Baiknya dia….” “Dahlah tu, kita teruskanlah kerja kita. Dia tak kacau kita pun.” “Eloklah tu dia baik. Sekurang-kurangnya dia tolong bawa amanah kita ni.” “Baiknya dia…” “Aku tak faham, macam mana dia boleh jadi baik macam tu?” “Dia jadi baik macam benda tu senang sangat je nak buat.”   “Baiknya dia…” “ Dia tak penat ke asyik buat baik?” “ Cuba kalau sekali kala dia sakan berseronok tak ingat dunia, tak boleh ke?” “Baiknya dia..” “Itulah… Aku jarang tengok dia try2 nak buat benda ‘jahat’ ni.” “Serius ke dia ni? Dia memang tak nak rasa sikit ke nikmat dunia ni?”   “Baiknya dia…” “Sejuk mata aku memandang.” “Mesti sejuk perut mak dia mengandungkan dia kan?” “Baiknya dia…” “Aku rasa

Human.

I can hold my breath, I can bite my tongue, I can stay awake for days, If that's what you want, Be your number one . I can fake a smile, I can force a laugh, I can dance and play the part, If that's what you ask, Give you all I am . I can do it, I can do it, I can do it, But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human . I can turn it on, Be a good machine, I can hold the weight of worlds, If that's what you need, Be your everything . I can do it, I can do it, I'll get through it … But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human, I'm only human, I'm only human, Just a little human, I can

Janji dan Perubahan.

Image
Suatu masa dahulu, Aku pernah mengaku, Di hadapan Yang Maha Satu, Bahawa aku ini batu. Ke kiri ke kanan melilau, Jatuh bangun aku tak pernah hirau, Putih hitam hati aku biar diri dipukau, Baik buruk semua aku pulau. Gembira ku sangka bahagia, Bahagia ku sangka kekal selamanya, Rupanya itu semua dusta semata, Yang menarik aku jauh lebih lupa. Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya, Lalai dari Tuhan Sang Pencipta, Leka dengan nikmat duniaNya, Penyakit yang sentiasa berjaya. Aku malu, Untuk bertemu denganMu, Dalam keadaan sebegitu, Penuh dengan dosa yang berdebu. Kau jaga aku, Kau bimbing aku, Kau berikan aku, Hidayah secara bertalu-talu. Kau ingatkan aku, Kau sedarkan aku, Kau bangkitkan aku, Buka mata dan hatiku, Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu, Kewujudannya sebelum itu. Malam yang hening, Ku tadahkan tangan yang kering, Meluahkan isi hati yang pusing, Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring. Butir-butir jernih mengalir, Tur

Bangkai.

Image
Aku termenung lama, Melihat bangkai itu, Merenung apa yang telah terjadi, Hingga dia jadi begitu. Aku membayangkan, Dia telah lama terdampar, Menunggu dalam kesakitan, Mengharap agar ada bantuan yang datang. Dalam keperitan, Masih mampu bersabar, Melawan rasa yang semakin menggigit, Menahan rasa yang semakin menyeksa. Dalam kesedihan, Masih mampu untuk melawan, Arus ombak yang tidak pernah berhenti, Untuk kembali ke lautan yang diidami. Detik demi detik berlalu, Jam demi jam menghilang, Hari demi hari berlepas lalu, Namun masih tiada yang membantu. Kekuatan dalam diri sedikit demi sedikit menghilang, Keinginan untuk hidup sedikit demi sedikit berkurang, Penglihatan semakin lama semakin kabur, Pendengaran semakin lama semakin kurang jelasnya. Nafas semakin sesak, Jantung berdegup kencang, Sakit sesak lagi menyesakkan, Sempit bagai ada yang menghalang. Pedih. Seperti pokok yang telah bercambah akarnya dicabut keras sekali, Seperti kuku ditanggal

Aku dan 'aku'.

Image
Dia tanya, Mana satu aku, Aku tak tahu, Kerana bukan aku yang menjadi penentu. Kadangkala aku adalah aku, Kadangkala aku adalah ‘aku’, Hari demi hari berlalu, Membiarkan aku termangu-mangu. Walaubagaimanapun, aku tahu sesuatu, yang menjadi pembeza ini dan itu, Dan jikalau kau tahu, aku sangatlah terharu. Sahabat, Insan yang muncul dikala ku kaku, Bingung tidak tahu ke mana arah hendak dituju, Kau muncul membimbing aku ke arah yang satu. Hanya sahabat sejati yang dapat mengenali aku diantara yang dua itu, Kerana mungkin yg dua itu tidak cukup untuk menerangkan siapa aku, Lebih-lebih lagi jikalau dua-dua itu sebenarnya bukan aku, Duh ketahuilah muka buku ini hanya sekadar untuk menipu. Dua tidak semestinya melambangkan yang satu, Kerana satu tetap selamanya satu, Tapi dari satu itu mampu bercambah kepada beribu, Oh maafkan aku, aku membuatkan kau keliru. Mari sini aku bantu, Dengan pesanan yang jitu, Yang mampu membuat kau restu, Dengan siapa sebenarnya

Mimpi.

Image
  Ia datang. Saat mata aku terpejam. Memberi warna kepada pandangan yang hitam. Membawa aku jauh dari dunia yang kelam. Mereka. Hadir dalam diam. Membawa seribu kalam, Merungkai persoalan yang mendalam. Aku membisu. Diam lesu dan kaku, Tidak mampu bergerak ke sini dan ke situ, Hanya mampu melihat wajah-wajah yg ku rindu. Mengapa kau datang ? Membawa perasaan yang sukar hilang, Menarik aku dari tidur yang panjang, Hingga aku tidak mampu bertenang. Aku letih. Kau buat aku begini, Berlari berkejaran mengejar mimpi, Yang Hadirnya aku sendiri tidak pasti. Kadang-kadang aku terfikir, Ini mimpi atau realiti ? Jelasnya tampak begitu sekali, Seperti mati hidup kembali. Termangu-mangu. Tercungap-cungap. Bingung. Gembira. Kecewa. Sedih. Marah. Takut. Kau buat aku begini, Bukan sekali malah berkali-kali. Dari kecil hingga aku mampu berdiri sendiri. Tidakkah kau sudah berpuas hati? Tinggalkanlah aku ! Biarkan aku jalani hidup ini. Tanpa kedatangan kau di ma

Cebisan Memori

Image
Maka, kali ini. Cubaan kedua. Kehendak yang entah kali keberapa. Aku cuba. Kali ini, dengan tiada desakan, Tiada harapan digantungkan, Aku cuba untuk mula. Kali ini, dan harapannya bukan hanya yang ini, moga ditambah lagi dengan selain ini, agar dapat memberi kebaikan buat diri sendiri. Malah mungkin juga kepada yang membaca tanpa bunyi. :) Bismillah.