#Sabar.

Sudah berkali ku kata.
Wahai diri, tingkatkan kesabaran.
Sabar.

Sabar dengan ujian-ujian yang menimpa.
Sabar dengan kehendak yang tak dapat dipenuhi.
Sabar dengan keinginan yang tidak dapat difahami.
Sabar dengan kekacauan dalam diri.
Sabar dengan perkara yang tidak dapat kau ketahui dan fahami.

Sabar berurusan dengan pelbagai jenis manusia.
Sabar dalam mencuba menzahirkan akhlak yang mulia.
Sabar dari menjerumuskan diri ke jurang dosa dan noda.

Sabar menunggu.
Bukan semua perkara akan tiba mengikut kehendak kita.
Sabar dengan perkara yang bukan sepatutnya ditunggu.
Bukan semua perkara natijahnya yang baik-baik sahaja.
Kita sudah usaha sebaiknya, selebihnya bukan lagi di tangan kita.

Sabar dengan kehendak Yang Maha Esa.
Kita ini hamba, tugas kita tunduk, patuh dan taat pada perintah-Nya.
Bukan kita yang berkuasa, walau kita sudah cuba sedaya upaya.
Walau kita sanggup beri segalanya.

Sabarlah…
Pada tamparan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Lepaskan dunia dan semua di dalamnya.
Tiada destinasi lain melainkan hanya syurga di akhirat sana.

Moga-moga dengan bersabarnya engkau,
Tuhan beri engkau mata hati,
Untuk kau melihat dengan sebaiknya,
Pada setiap perkara,
Yang tidak dapat kau fahami dan ketahui.


5:01 PM, 2 Mac 2017.
Eljadida, Morocco.

Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.