Aku dan 'aku'.


Dia tanya,
Mana satu aku,
Aku tak tahu,
Kerana bukan aku yang menjadi penentu.

Kadangkala aku adalah aku,
Kadangkala aku adalah ‘aku’,
Hari demi hari berlalu,
Membiarkan aku termangu-mangu.

Walaubagaimanapun,
aku tahu sesuatu,
yang menjadi pembeza ini dan itu,
Dan jikalau kau tahu, aku sangatlah terharu.

Sahabat,
Insan yang muncul dikala ku kaku,
Bingung tidak tahu ke mana arah hendak dituju,
Kau muncul membimbing aku ke arah yang satu.
Hanya sahabat sejati yang dapat mengenali aku diantara yang dua itu,
Kerana mungkin yg dua itu tidak cukup untuk menerangkan siapa aku,
Lebih-lebih lagi jikalau dua-dua itu sebenarnya bukan aku,
Duh ketahuilah muka buku ini hanya sekadar untuk menipu.

Dua tidak semestinya melambangkan yang satu,
Kerana satu tetap selamanya satu,
Tapi dari satu itu mampu bercambah kepada beribu,
Oh maafkan aku, aku membuatkan kau keliru.

Mari sini aku bantu,
Dengan pesanan yang jitu,
Yang mampu membuat kau restu,
Dengan siapa sebenarnya aku.

Hai sahabat, carilah aku,

Di mana-mana sahaja, di setiap waktu,
Aku tetap akan berada di sini, di sana juga di situ,
Untukmu sahabat, aku akan cuba utk berada di sisimu.
:*

7.08 PM, 17/10/2014.
Mohammedia, Morocco.

Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

#Sabar.