Penjara.


Penjara.
Aku di dalamnya.
Untuk sekian lama.
Persoalannya sampai bila.

Kehidupan yang aku sangka,
Akan semakin baik jadinya,
Bahagia selamanya seperti dalam cereka,
Tidaklah sebegitu rupa.

Kadang-kadang terlintas juga,
Aku selalu meminta untuk bahagia,
Mungkinkah ini sebenarnya,
Cara hidup yang bahagia?

Aku juga meminta,
Ditakdirkan dengan yang baik-baik sahaja,
Dijauhkan dari segala malapetaka,
Mungkinkah ini sebenarnya yang aku minta?

Kembali ke penjara,
Masih adakah mereka yang mampu bebas darinya?
Mampukah mereka meneruskan hidup seperti biasa?
Adakah mereka masih akan menjadi orang yang sama?

Ada jalannya,
Ada caranya,
Banduan yang sentiasa waras akal fikirannya,
Akan dibebaskan jua.

Tidak terganggu dengan sekelilingnya,
Satu matlamat dipahat di kepala,
Untuk bebas dari si penjara,
Dan tidak kembali semula kepadanya.

Aku cuma perlu terus berpura-pura,
Berlakon dengan segala bakat yang aku ada,
Melepasi satu penjara ke satu penjara,
Hingga aku bertemu satu cahaya.

Aku yakin dengan cahaya,
Dalam pura-pura aku masih percaya,
Percaya pada pertolonganNya,
Yang akan datang pada yang meminta.

12:56 AM, 6 Februari 2015.
Mohammedia, Morocco.

Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.