Tegurlah dengan senyuman!


Assalamualaikum.
Ni nak cerita.

. . . . . . . . .

Suatu ketika dahulu, ibuku di dapur pernah bertanya,
"Husna, kenapa masam ni?"

Maka, aku pun menjawab dengan slumbernya,
"Penatlah ummi, macam2 kt sekolah"

Ummiku diam lalu mengembalikan paku buah keras,
"Hmm... adakah setiap kali penat kita kena masam? Kalau mcm tu umi nk masamlah setiap hari, lepas balik kerja, lepas masak, lepas hantar anak2, sbb hari2 umi penat.. best tak kalau tengok muka umi masam, muka abah masam?"

" . . . . . "

. . . . . . . . . .

Cerita bayangan utk muhasabah.

Suatu ketika entah bila, aku bertembung kali kedua dgn cikgu di simpang bilik guru,
"Husna... sihat? Ok belajar hari ni?"
"Alhamdulillah sihat cikgu hee.."
"Amboi td nampak cikgu tak tegur pun ehh.."
"Sorry cikgu, td tgh sibuk sikit fikir kerja.."
"hmm.. Ok.."

. . . . . . . . .

Baru terfikir,
"Bukankah cikgu tu lagi sibuk dan lagi banyak buat kerja dari aku? Dari tadi aku nampak muka cikgu ulang-alik ke pejabat, ke bilik mesyuarat, ke bilik guru, ke kelas2.. Td masuk bilik guru pun, berlambak-lambak buku anak murid atas meja dia.. Tp, macamana cikgu boleh tegur dan sedar dgn kewujudan aku??"

" . . . . . "

. . . . . . . . .

Kenapa aku seronok? Sebab mereka senyum kpd aku.
Kenapa aku seronok? Sebab mereka dpt meluangkan masa mereka yg sgt sibuk tu utk menegur aku yg kerdil yg takde kena mengena langsung dgn kesibukan mereka.
Jd takkanlah aku seorang je yg nak rasa seronok kan?
Maka, seronokkanlah org lain dgn senyuman anda dan teguran dr anda walau anda fefeeling 'extremely busy'.
Semoga dgn usaha kita untuk menyeronokkan orang lain akan menjadikan kita org yg lebih seronok dari orang yg paling seronok dalam dunia !!
Sekian, Selamat beronok-ronok.


11:30 PM, 15 Mac 2015
Mohammedia, Morocco.


Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.