Kehendak

Sudah satu, satu lagi,
Selesai satu, yang lain datang memunculkan diri,
Hari-hari tiada henti,
Kehendak manusia yang tidak pernah mengerti.

Apa erti hidup bagi kamu?
Hari-hari menuruti nafsu?
Berlari-lari memburu perkara yang palsu?
Membuktikan bahawa diri kamu bukannya batu?

Pergi jauh kamu pergi,
Tiada lagi aku mengingini,
Segala kehendak kamu perlu aku turuti,
Pergi jauh kamu pergi.

Tolong, aku tidak lagi berkehendak,
Aku bukan lagi seorang budak,
Biarkan aku di sini menjadi pekak,
Jauh dari kamu yang seperti merak.

Tolong, tidak lagi aku mahu,
Menambahkan beban-beban di bahu,
Yang sentiasa membuatkan aku lesu,
Lemah tak berdaya lalu terbaring kaku.

Tinggalkan aku menyendiri,
Biarkan aku pergi,
Hilang jauh membawa diri,
Mencari kebebasan yang aku idami.

10:21 PM, 28/7/2016
Mohammedia, Morocco.

Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.