Posts

Kehendak

Sudah satu, satu lagi, Selesai satu, yang lain datang memunculkan diri, Hari-hari tiada henti, Kehendak manusia yang tidak pernah mengerti. Apa erti hidup bagi kamu? Hari-hari menuruti nafsu? Berlari-lari memburu perkara yang palsu? Membuktikan bahawa diri kamu bukannya batu? Pergi jauh kamu pergi, Tiada lagi aku mengingini, Segala kehendak kamu perlu aku turuti, Pergi jauh kamu pergi. Tolong, aku tidak lagi berkehendak, Aku bukan lagi seorang budak, Biarkan aku di sini menjadi pekak, Jauh dari kamu yang seperti merak. Tolong, tidak lagi aku mahu, Menambahkan beban-beban di bahu, Yang sentiasa membuatkan aku lesu, Lemah tak berdaya lalu terbaring kaku. Tinggalkan aku menyendiri, Biarkan aku pergi, Hilang jauh membawa diri, Mencari kebebasan yang aku idami. 10:21 PM, 28/7/2016 Mohammedia, Morocco.

Puisi Buat Ummiku Tercinta

Image
Ummi, Diriku ini sentiasa mengingatimu, Dalam sedar dan dalam tidurku, Siang dan malamku dipenuhi dengan kenangan bersamamu, Sehinggakan kadangkala aku terduduk diam membisu. Memikirkan mampukah aku meneruskan hidup tanpamu. Ummi, Wajahmu penyejuk mata, Kata-katamu pemberi semangat luar biasa, Sentuhanmu amat didamba, Ketiadaan kehadiranmu di sisi sangat dirasa. Ummi, Empat puluh tahun dahulu kau dilahirkan ke dunia, Disambut bahagia oleh ibu bapa, Dua puluh tahun kemudiannya tibalah saat diriku pula, Muncul memberikan kebahagiaan kepada kalian berdua. Ummi, Aku kini telah mencapai usia dua puluh tahun itu, Aku kini telah sampai di pertengahan perjalananmu dahulu, Aku kini semakin merasai pahit manis pengalamanmu, Yang selalu kau ceritakan kepadaku, Saat aku masih kecil masih tidak tahu menahu. Berada di pertengahan usia, Membuatkan aku sering tertanya-tanya, Mengapakah jalan kita berdua seakan-akan sama, Minat, rasa dan pemikiran, seolah-olah tiada be...

Bisikan untukmu.

Image
Pejamkan matamu, Hilangkan duniamu, Biarkan ia berlalu, Hanyut dibawa arus yang laju. Jernihnya sungai yang mengalir, Sejuknya ia kau ketap bibir, Tenanglah dikau jangan difikir, Pergilah kau pergi berzikir. Ia bukan salahmu duhai kasihku, Tiap yang berdiri pasti kan jatuh ke situ, Bangun kembali tarik dirimu, Cari Ilahi bebaskan diri yang dibelenggu. Hiraukan mereka yang berkata-kata, Salahmu dijulang diangkat nyata, Indahmu ditutup dipandang sebelah mata, Senang ada, susah tiada, Apa guna kata bicara? Roda berputar tiada henti, Kau di atas jatuh ke bawah sekali, Tidak mengapa wahai kekasih hati, Asal kau mampu bangun kembali, Itu sudah cukup bagi seorang insani. Tenanglah kau di sana, Lihatlah awan laju sungguh ia, Ditiup angin pembawa sentosa, Damailah kau melihat kebesaran-Nya. Ditulis pada: 10:27 PM, 30/05/2015, Mohammedia, Morocco.

Redha

Image
Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya Bukan ditakdir untuk menyiksa Biarpun kita terasa berjauhan Namun jiwa bagaikan tiada sempadan Itu yang terbaik untuk setiap insan Saling memahami Redha dengan kehendak Ilahi Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati An'amta 'alayya wa'ala walidayya Wahai Tuhanku Ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur Atas nikmat-Mu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibu bapaku Walau pedih Ku terima Ia hanya sementara jua Redha dengan qada' qadar-Nya Ada hikmah disebalik Ketentuan-Nya Lagu ni memang sedap sungguh. Lepas dengar sekali, ulang2 tak henti-henti. Bila hayati lirik pun, baru sedar ada kena mengena dgn diri sendiri. Enjoy the nasyid, keep calm and always redha. :) 12:29 AM, 14/11/2015 Mohammedia, Morocco.

Rindu pada siapa aku.

Image
Rindu. Dengan diri yang dahulu. Aku tak tahu. Sejak bila dinding tu ada di situ. Yang memisahkan aku dgn zaman lalu. Atau itu fitrah kehidupan sang dungu. Tidak ada jalan lain selain untuk terus maju. 10:43 AM, 18 Okt 2015, Mohammedia, Morocco.

Diarah dan mengarah.

Image
  Kau pekerja, Kau belajar diarah, Kau belajar berusaha buat kerja sungguh-sungguh untuk puaskan hati ketua. Kau pengarah, Kau belajar mengarah, Kau belajar mengajar orang lain agar dapat puaskan hati kau. . . . Dua-dua susah. Haha. :) 05:22 PM, 20/08/2015, Bandar Baru Bangi, Malaysia. 

Selimut Putih.

Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi guna harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalah ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman. Bila Izrail datang memanggil, Tidak kira masa mahupun mana, Hilanglah tawa ‘anak kecil’, Yang lupa dunia hanya sementara. Hutang, wasiat, harta pusaka sudah dikira, Sanak saudara dan kenalan rapat dikumpul bersama, Bimbang urusan dunia menjadi penghalangnya, Untuk diangkat bertemu Dia. Kala itu bergegaslah manusia bersatu, Melupakan perdebatan yang terdahulu, Melihat musuhnya pergi dahulu, Mengingatkan dia bahawa kita sebenarnya umat yang satu. Keliru dengan situasi, Maka cemaslah me...