'Baik'.


“Baiknya dia…”
“Eleh, dia baik macam tu sekali sekala je.”
“Alah, adalah tu benda yang dia nak. Sebab tu dia buat baik kejap.”


 
“Baiknya dia…”
“Alah biarlah dia nak jadi baik, kita ni tak mampu.”
“Alhamdulillah, ada lagi manusia yang baik atas muka bumi ni.”


“Baiknya dia….”
“Dahlah tu, kita teruskanlah kerja kita. Dia tak kacau kita pun.”
“Eloklah tu dia baik. Sekurang-kurangnya dia tolong bawa amanah kita ni.”


“Baiknya dia…”
“Aku tak faham, macam mana dia boleh jadi baik macam tu?”
“Dia jadi baik macam benda tu senang sangat je nak buat.”

 
“Baiknya dia…”
“ Dia tak penat ke asyik buat baik?”
“ Cuba kalau sekali kala dia sakan berseronok tak ingat dunia, tak boleh ke?”


“Baiknya dia..”
“Itulah… Aku jarang tengok dia try2 nak buat benda ‘jahat’ ni.”
“Serius ke dia ni? Dia memang tak nak rasa sikit ke nikmat dunia ni?”


 

“Baiknya dia…”
“Sejuk mata aku memandang.”
“Mesti sejuk perut mak dia mengandungkan dia kan?”



“Baiknya dia…”
“Aku rasa aku nak cubalah buat apa yang dia buat. Tak bahaya pun.”
“Macam seronok je jadi baik. Takde sape benci dia.”

“Baiknya dia…”
“Aku buat macam dia semalam. Adalah rasa ‘something’.”
“Segan juga aku jadi baik semalam. Fuhh berdebar.. tapi, it’s a wonderful time beb!”

“Baiknya dia…”
“Aku sembang dengan dia semalam. Dia memang baiklah.”
“Aku baru jumpa dia tadi. Seronoklah kenal dia. Rasa macam nak kawan dengan dia.”


“Baiknya dia…”
“Dia cerita satu benda kat aku semalam.”
“Apa dia? Ceritalah.. Aku pun nak dengar..”


“Kau tahu, dia kata, Baiknya aku..”
“Kelakar sungguh, masa bila aku ni baik?”
“Setahu aku, setakat yang aku tahu, aku ni memang tak baik. Aku suka kacau orang. Aku selalu melawan. Aku ni bab tutup aurat tak habis sempurna lagi. Bab jaga batas laki perempuan, lagilah, semua aku pulau. Itu, kalau ceramah dengan tazkirah tu, contoh2 yg jahat tu semua aku lah tu. Mana pernah aku tergolong dalam golongan yang baik2 tu…”

                                                                   * * * * * * * * *


“Adik, sini sekejap.”
“Kenapa kak? Mesti saya ada buat salah lagi kan..”
“Eh takdelah.. Sini lah.. akak nak tanya sesuatu..”

“Husna, awak ok?”
“Saya….   ...    …..   OK.”

                                         


                                                                   * * * * * * * * *


“Kenapa Husna? Apa yang berlaku?”

“Saya rasa saya jahat.”

“Kenapa awak kata macam tu?”

“Yelah, saya memang jahat. Kawan2 sekeliling saya semuanya baik. Saya nampak mereka bersedekah setiap hari. Saya tengok mereka baca Al-Quran tak henti2. Saya selalu nampak mereka tahajjud tiap2 malam. Mereka tak cakap kasar2 macam saya. Mereka jarang marah macam saya. Saya tak buat apa yang mereka buat. Jadi, saya jahat. Mereka semua baik.”

“Husna, awak pernah dengar orang kata awak jahat?”

“Tak.”

“Habis tu Husna, SIAPA sebenarnya yang kata awak jahat ni??”

“Saya.” Ohh, aku rupanya.

                                                                   * * * * * * * * *



“Awak tak nak tanya ke akak, akak rasa awak jahat tak?”

“Mestilah jahat kan??”

“Tak, akak rasa awak baik. Malah, akak rasa awak lebih baik dari kawan2 awak tu. Awak mungkin tak nampak, tapi biar akak bagitahu awak, akak rasa awak ni umpama satu logam yang kalau digilap, dibakar, dibentuk dan diketuk, akhirnya akan menjadi pedang yang sinarnya sahaja mampu menyilaukan mata-mata sang musuh.  Awak bukan sahaja baik, malah awak boleh menjadikan kawan2 di sekeliling awak baik juga. Kadang2 tu dek, baik bukan suatu perkara yg boleh kita nilai dari perbuatan sahaja. Ia juga tersembunyi dalam hati. Dan dari hati itulah ia boleh terzahir ke luar. Dan, kita buat baik bukan untuk dinilai oleh manusia. Kita buat kerana Dia Yang Maha Kuasa, dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa yg awak lakukan, batiniah atau zahiriah. Itu. Itu yang akak nampak dalam awak.”


Ohh.

11:26 PM, 29/10/2014.
Mohammedia, Morocco.

p/s: “Husna, kalau ada sesiapa kata awak tu jahat, akak rasa dia kena belajar Bahasa Arab lagi. ”

Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.