Manusia.

Manusia, insan yang lupa,
Manusia, insan yang hina,
Dibuat dari tanah dan segala kandungannya,
Ditiupkan roh maka jadilah ia.

Kau, insan yang hina,
Kau, insan yang lupa,
Yang akan kembali kepada tanah dan segala kandungannya,
Kembali pada Dia Yang Menguasai SegalaNya.

Kalau kau hina, mengapa kau lupa?
Kalau kau tiada kuasa, mengapa kau berlagak seperti ada?
Namun Tuhan Maha Mengetahui Segalanya.
Telah disebut sifat kau yang lupa dalam kalam-Nya.

Wahai insan yang lupa,
Bukan sahaja lupa malah selalu leka,
Dalam dunia ini bukan hanya ada kau sahaja,
Duh, Dunia ini tidak dicipta hanya untuk SEORANG hamba.

Ketahuilah, kau sedang berkongsi nikmat-Nya,
Yang kau hirup melalui udara,
Yang kau rasa melalui deria-deria,
Yang kau lihat menggunakan mata.

Bangunlah beri sedikit kerjasama,
Gerakkan anggota-anggota yang sudah kaku jadinya,
Akibat kemalasan kau yang sebegitu rupa,
Hanya mahu tidur beralaskan bantal permata.

Tidak akan ada kita jika Adam tidak ditemani Hawa,
Tidak akan ada kita jika ayah tidak bertemu bonda,
Tidaklah kita hidup di dunia sebatang kara,
Tetapi diindahkan dengan hadirnya umat manusia.

Jikalau kau masih tidak mahu ke mana-mana,
Kau nantikanlah sendiri balasannya,
Hari ini kau susahkan mereka,
Saat kau meminta, tiada siapa yang akan memberi muka.

Sebagaimana kau beri, begitulah jua ia kembali pada tuannya,
“What you give, you get back” dalam inggerisnya,
Aku tidak mahu berkata apa-apa,
Tapi itulah realiti dunia.

Dunia yang kau sangka hanya ada kau sahaja.

10:34 PM, 14 Januari 2015,
Mohammedia, Morocco.


Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.