Janji dan Perubahan.
Suatu masa dahulu, Aku pernah mengaku, Di hadapan Yang Maha Satu, Bahawa aku ini batu. Ke kiri ke kanan melilau, Jatuh bangun aku tak pernah hirau, Putih hitam hati aku biar diri dipukau, Baik buruk semua aku pulau. Gembira ku sangka bahagia, Bahagia ku sangka kekal selamanya, Rupanya itu semua dusta semata, Yang menarik aku jauh lebih lupa. Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya, Lalai dari Tuhan Sang Pencipta, Leka dengan nikmat duniaNya, Penyakit yang sentiasa berjaya. Aku malu, Untuk bertemu denganMu, Dalam keadaan sebegitu, Penuh dengan dosa yang berdebu. Kau jaga aku, Kau bimbing aku, Kau berikan aku, Hidayah secara bertalu-talu. Kau ingatkan aku, Kau sedarkan aku, Kau bangkitkan aku, Buka mata dan hatiku, Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu, Kewujudannya sebelum itu. Malam yang hening, Ku tadahkan tangan yang kering, Meluahkan isi hati yang pusing, Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring. Butir-butir jernih mengalir, Tur...