Janji dan Perubahan.



Suatu masa dahulu,
Aku pernah mengaku,
Di hadapan Yang Maha Satu,
Bahawa aku ini batu.

Ke kiri ke kanan melilau,
Jatuh bangun aku tak pernah hirau,
Putih hitam hati aku biar diri dipukau,
Baik buruk semua aku pulau.

Gembira ku sangka bahagia,
Bahagia ku sangka kekal selamanya,
Rupanya itu semua dusta semata,
Yang menarik aku jauh lebih lupa.

Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya,
Lalai dari Tuhan Sang Pencipta,
Leka dengan nikmat duniaNya,
Penyakit yang sentiasa berjaya.

Aku malu,
Untuk bertemu denganMu,
Dalam keadaan sebegitu,
Penuh dengan dosa yang berdebu.

Kau jaga aku,
Kau bimbing aku,
Kau berikan aku,
Hidayah secara bertalu-talu.

Kau ingatkan aku,
Kau sedarkan aku,
Kau bangkitkan aku,
Buka mata dan hatiku,
Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu,
Kewujudannya sebelum itu.

Malam yang hening,
Ku tadahkan tangan yang kering,
Meluahkan isi hati yang pusing,
Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring.

Butir-butir jernih mengalir,
Turun dari kelopak mata yang berair,
Lahir dari hati yang mencair,
Dek kerana kasih sayang Kau yang tak pernah berakhir.


Janji itu,
Aku lafazkan satu persatu,
Bertutur dengan lidah yang dulunya kelu,
Untuk berubah menjadi yang baru.
 
Ujian bertambah menjadi seribu,
Penghalang membesar menjadi tugu,
Dugaan datang sentiasa menyerbu,
Bagai tidak mahu aku ke situ.

Aku mahu ke situ !
Kalian tidak boleh halang aku !
Aku juga layak seperti kamu.
Untuk melangkah ke dalam pintu itu.

Aku bangun walau sakit,
Aku bangkit walau dibelit,
Aku teruskan walau perit,
Aku yakin dgn janji-Mu yang terpalit.

Aku masih lagi dalam perubahan,
Sempurna itu bukan kenyataan,
Detik demi detik aku bertahan,
Demi pertemuan yang amat aku nantikan.

Ampunkan aku, Ya Tuhanku,
Dalam kala aku cuba berdiri, aku masih lagi jatuh berteleku,
Dalam kala aku cuba memberi, aku sabankali ditolak lalu,
Dalam kala aku cuba membaiki, aku seringkali hampir kembali pada yang dahulu.

Ampunkan Aku, Ya Tuhanku,
Terimalah Aku dan diriku,
Untuk masuk ke syurga-Mu,
Yang kau janjikan kepadaku,
Dalam kalam-Mu yang selalu aku rindu.

Di rangkap yang akhir ini,
Ingin Ku lahirkan harapan dari sanubari,
Agar janji dan perubahan ini,
Senantiasa kekal di jalan yang berduri,
Hingga pertemuan yang abadi nanti.






3.37 AM, 1 Muharram 1436 H, 24/10/2014.
Mohammedia, Morocco.

p/s: Muharram dan Hijrah bukan sekadar satu sambutan.


Comments

Popular posts from this blog

Bangkai.

Aku dan 'aku'.

#Sabar.