Posts

#Sabar.

Image
Sudah berkali ku kata. Wahai diri, tingkatkan kesabaran. Sabar. Sabar dengan ujian-ujian yang menimpa. Sabar dengan kehendak yang tak dapat dipenuhi. Sabar dengan keinginan yang tidak dapat difahami. Sabar dengan kekacauan dalam diri. Sabar dengan perkara yang tidak dapat kau ketahui dan fahami. Sabar berurusan dengan pelbagai jenis manusia. Sabar dalam mencuba menzahirkan akhlak yang mulia. Sabar dari menjerumuskan diri ke jurang dosa dan noda. Sabar menunggu. Bukan semua perkara akan tiba mengikut kehendak kita. Sabar dengan perkara yang bukan sepatutnya ditunggu. Bukan semua perkara natijahnya yang baik-baik sahaja. Kita sudah usaha sebaiknya, selebihnya bukan lagi di tangan kita. Sabar dengan kehendak Yang Maha Esa. Kita ini hamba, tugas kita tunduk, patuh dan taat pada perintah-Nya. Bukan kita yang berkuasa, walau kita sudah cuba sedaya upaya. Walau kita sanggup beri segalanya. Sabarlah… Pada tamparan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Lepas...

Family is all I need.

Jam di dinding terus berdetak.   Aku termenung. Merenung jarum jam yang bergerak. Tidak pernah berhenti. Sebagaimana jantungku yang sentiasa berdegup. Hatiku juga terus berdebar. Ku alihkan pandangan ke siling. Kepala ku baringkan ke atas bantal. Debaran terus menerus dirasa. Sebagaimana nafas terus menerus dihembus. Tapi mengapa tak ku lepaskanmu dari fikiranku. Cubaan untuk memejamkan mata sudah lama gagal. Cubaan untuk menutup minda tidak pernah berjaya. Mengapa mesti aku berfikir? Pada sesuatu yang tidak pernah aku pasti tentangnya. Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti. Otak yang ligat berputar membuatkanku sakit. Penantian yang lama ini kian sampai kemuncaknya. Mampukah aku terus bersabar dan menunggu? Atau patutkah aku menghentikan segala usaha? It’s been a long day, without you, my friend. Suhu yang sejuk terus mencengkam. Ku tarik selimut tebal membaluti tubuhku. Ibarat kehadiran seorang teman imaginasi. Yang menemani kala diri ...

Kehendak

Sudah satu, satu lagi, Selesai satu, yang lain datang memunculkan diri, Hari-hari tiada henti, Kehendak manusia yang tidak pernah mengerti. Apa erti hidup bagi kamu? Hari-hari menuruti nafsu? Berlari-lari memburu perkara yang palsu? Membuktikan bahawa diri kamu bukannya batu? Pergi jauh kamu pergi, Tiada lagi aku mengingini, Segala kehendak kamu perlu aku turuti, Pergi jauh kamu pergi. Tolong, aku tidak lagi berkehendak, Aku bukan lagi seorang budak, Biarkan aku di sini menjadi pekak, Jauh dari kamu yang seperti merak. Tolong, tidak lagi aku mahu, Menambahkan beban-beban di bahu, Yang sentiasa membuatkan aku lesu, Lemah tak berdaya lalu terbaring kaku. Tinggalkan aku menyendiri, Biarkan aku pergi, Hilang jauh membawa diri, Mencari kebebasan yang aku idami. 10:21 PM, 28/7/2016 Mohammedia, Morocco.

Puisi Buat Ummiku Tercinta

Image
Ummi, Diriku ini sentiasa mengingatimu, Dalam sedar dan dalam tidurku, Siang dan malamku dipenuhi dengan kenangan bersamamu, Sehinggakan kadangkala aku terduduk diam membisu. Memikirkan mampukah aku meneruskan hidup tanpamu. Ummi, Wajahmu penyejuk mata, Kata-katamu pemberi semangat luar biasa, Sentuhanmu amat didamba, Ketiadaan kehadiranmu di sisi sangat dirasa. Ummi, Empat puluh tahun dahulu kau dilahirkan ke dunia, Disambut bahagia oleh ibu bapa, Dua puluh tahun kemudiannya tibalah saat diriku pula, Muncul memberikan kebahagiaan kepada kalian berdua. Ummi, Aku kini telah mencapai usia dua puluh tahun itu, Aku kini telah sampai di pertengahan perjalananmu dahulu, Aku kini semakin merasai pahit manis pengalamanmu, Yang selalu kau ceritakan kepadaku, Saat aku masih kecil masih tidak tahu menahu. Berada di pertengahan usia, Membuatkan aku sering tertanya-tanya, Mengapakah jalan kita berdua seakan-akan sama, Minat, rasa dan pemikiran, seolah-olah tiada be...

Bisikan untukmu.

Image
Pejamkan matamu, Hilangkan duniamu, Biarkan ia berlalu, Hanyut dibawa arus yang laju. Jernihnya sungai yang mengalir, Sejuknya ia kau ketap bibir, Tenanglah dikau jangan difikir, Pergilah kau pergi berzikir. Ia bukan salahmu duhai kasihku, Tiap yang berdiri pasti kan jatuh ke situ, Bangun kembali tarik dirimu, Cari Ilahi bebaskan diri yang dibelenggu. Hiraukan mereka yang berkata-kata, Salahmu dijulang diangkat nyata, Indahmu ditutup dipandang sebelah mata, Senang ada, susah tiada, Apa guna kata bicara? Roda berputar tiada henti, Kau di atas jatuh ke bawah sekali, Tidak mengapa wahai kekasih hati, Asal kau mampu bangun kembali, Itu sudah cukup bagi seorang insani. Tenanglah kau di sana, Lihatlah awan laju sungguh ia, Ditiup angin pembawa sentosa, Damailah kau melihat kebesaran-Nya. Ditulis pada: 10:27 PM, 30/05/2015, Mohammedia, Morocco.

Redha

Image
Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya Bukan ditakdir untuk menyiksa Biarpun kita terasa berjauhan Namun jiwa bagaikan tiada sempadan Itu yang terbaik untuk setiap insan Saling memahami Redha dengan kehendak Ilahi Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati An'amta 'alayya wa'ala walidayya Wahai Tuhanku Ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur Atas nikmat-Mu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibu bapaku Walau pedih Ku terima Ia hanya sementara jua Redha dengan qada' qadar-Nya Ada hikmah disebalik Ketentuan-Nya Lagu ni memang sedap sungguh. Lepas dengar sekali, ulang2 tak henti-henti. Bila hayati lirik pun, baru sedar ada kena mengena dgn diri sendiri. Enjoy the nasyid, keep calm and always redha. :) 12:29 AM, 14/11/2015 Mohammedia, Morocco.

Rindu pada siapa aku.

Image
Rindu. Dengan diri yang dahulu. Aku tak tahu. Sejak bila dinding tu ada di situ. Yang memisahkan aku dgn zaman lalu. Atau itu fitrah kehidupan sang dungu. Tidak ada jalan lain selain untuk terus maju. 10:43 AM, 18 Okt 2015, Mohammedia, Morocco.

Diarah dan mengarah.

Image
  Kau pekerja, Kau belajar diarah, Kau belajar berusaha buat kerja sungguh-sungguh untuk puaskan hati ketua. Kau pengarah, Kau belajar mengarah, Kau belajar mengajar orang lain agar dapat puaskan hati kau. . . . Dua-dua susah. Haha. :) 05:22 PM, 20/08/2015, Bandar Baru Bangi, Malaysia. 

Selimut Putih.

Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi guna harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalah ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman. Bila Izrail datang memanggil, Tidak kira masa mahupun mana, Hilanglah tawa ‘anak kecil’, Yang lupa dunia hanya sementara. Hutang, wasiat, harta pusaka sudah dikira, Sanak saudara dan kenalan rapat dikumpul bersama, Bimbang urusan dunia menjadi penghalangnya, Untuk diangkat bertemu Dia. Kala itu bergegaslah manusia bersatu, Melupakan perdebatan yang terdahulu, Melihat musuhnya pergi dahulu, Mengingatkan dia bahawa kita sebenarnya umat yang satu. Keliru dengan situasi, Maka cemaslah me...

Pelan-pelan kayuh!

Image
"Suka duka perkara biasa, Kita pasti lalu, Bezanya pada waktu, Bila berlari kenalah berstrategi, Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati, Biarlah terlambat, atur jalan cermat. Pelan-pelan kayuh, Jangan sampai otak penat, Sentiasa bawa diri, hati-hati, Hari-hari, beri erti pada diri. Jangan berhenti kejar mimpi, Senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati, Biarkan saja, takdir semua nyata, Bersyukurlah masih lagi bernyawa.." -Ku Berlari, Firdaus feat Akbar & Cat Farish- Gambar diambil : 6:20 PM, 2 April 2015 (Khamis)                Lokasi : Plage Miramar, Mohammedia, Morocco.

Seorang atau Ramai-ramai?

Image
Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang hidup bersendirian. Dalam dunia ini, terlalu ramai mereka yang berasa keseorangan. Yang berada dalam keramaian, tariklah yang seorang masuk ke dalam kumpulan. Yang berasa keseorangan, keluarlah cari keramaian. Yang gembira dalam keramaian, jangan lupakan yang seorang. Yang sedih dalam sendirian, jangan pergi jauh menghilang. Wahai yang ramai, selamatkan yang sendirian, sebelum datangnya sesal, akibat sikap suka mengabaikan. Wahai yang sendirian, lawan hasutan syaitan, bangunlah dan berjalan, carilah nikmat Tuhan... Tetapi, Jangan disangka juga, berada dalam keramaian, syarat untuk kamu bahagia. Mungkin pula dalam kesunyian yg menimpa, kamu akan lebih dekat dengan-Nya. Mungkin jua, dengan jauhnya kamu dari mereka, Selamatlah kamu dari sebarang dosa dan malapetaka. Mungkin jua, tegak berdiri tanpa sesiapa, Menjadikan kamu lebih kuat, tabah menghadapi segalanya, Sehingga melepasi tahap yang pernah kamu sangka. Te...

Tegurlah dengan senyuman!

Assalamualaikum. Ni nak cerita. . . . . . . . . . Suatu ketika dahulu, ibuku di dapur pernah bertanya, "Husna, kenapa masam ni?" Maka, aku pun menjawab dengan slumbernya, "Penatlah ummi, macam2 kt sekolah" Ummiku diam lalu mengembalikan paku buah keras, "Hmm... adakah setiap kali penat kita kena masam? Kalau mcm tu umi nk masamlah setiap hari, lepas balik kerja, lepas masak, lepas hantar anak2, sbb hari2 umi penat.. best tak kalau tengok muka umi masam, muka abah masam?" " . . . . . " . . . . . . . . . . Cerita bayangan utk muhasabah. Suatu ketika entah bila, aku bertembung kali kedua dgn cikgu di simpang bilik guru, "Husna... sihat? Ok belajar hari ni?" "Alhamdulillah sihat cikgu hee.." "Amboi td nampak cikgu tak tegur pun ehh.." "Sorry cikgu, td tgh sibuk sikit fikir kerja.." "hmm.. Ok.." . . . . . . . . . Baru terfikir, "Bukankah cikgu tu lagi sibuk dan lagi banyak buat...