Posts

Ciptaan Tuhan.

Image
" Bagai kanak-kanak kecil melompat riang, Bagai bidadari tersenyum indah sekali. "    Tuhan ciptakan sesuatu itu dengan tujuan, Bukan sahaja-sahaja bukan sekadar mainan. Aku pilih Dia untuk melepaskan luahan, Ciptaan-Nya yang indah tidak pernah mengecewakan, Terima kasih Tuhan, Kerana Engkau, Aku masih mampu bertahan. Gambar diambil: 8:30 AM, 28 November 2014 (Jumaat)                   Lokasi: Plage Mannesman, Mohammedia, Morocco.                  

Pertemuan dan Perpisahan

Image
  Hai kau di sana, Kau hadir dahulu di dalam berita, Belum lagi bertemu muka dan sua, Namun aku sudah teruja. Aku menunggu menahan kinja, Kunjungan yang tidak tiba-tiba, Akibat tersekat di sini dan sana, Apakan daya bukanlah aku pemegang kuasa. Ku biarkan perginya masa, Harapan ku jauhkan agar tidak terluka, Menerima sahaja apa yang ada, Agar tidak akan merasa hampa. Akhirnya tiba jua anak-anak sang raja, Hadirnya sahaja membuatkan aku ketawa, Patah katanya memberi aku seribu makna, Menyedari diri ini sudah tua. Maka episod baru pun bermula, Bersama segunung harapan kepada Yang Maha Esa, Agar tiada lagi duka dan lara, Agar hidup ini hanya dipenuhi dengan bahagia. Kau dan aku bersama-sama, Meniti hidup yang hanya sementara, Menyelami hati juga bicara jiwa, Meluahkan apa yang sudah dirasa. Benarlah kata dan bicara, Kita tidak akan selamanya gembira, Hadir dalam senyap, badai yang melanda, Menguji keutuhan ukhuwwah kita. Sudah jatuh ditimpa tangga,...

'Baik'.

Image
“Baiknya dia…” “Eleh, dia baik macam tu sekali sekala je.” “Alah, adalah tu benda yang dia nak. Sebab tu dia buat baik kejap.”   “Baiknya dia…” “Alah biarlah dia nak jadi baik, kita ni tak mampu.” “Alhamdulillah, ada lagi manusia yang baik atas muka bumi ni.” “Baiknya dia….” “Dahlah tu, kita teruskanlah kerja kita. Dia tak kacau kita pun.” “Eloklah tu dia baik. Sekurang-kurangnya dia tolong bawa amanah kita ni.” “Baiknya dia…” “Aku tak faham, macam mana dia boleh jadi baik macam tu?” “Dia jadi baik macam benda tu senang sangat je nak buat.”   “Baiknya dia…” “ Dia tak penat ke asyik buat baik?” “ Cuba kalau sekali kala dia sakan berseronok tak ingat dunia, tak boleh ke?” “Baiknya dia..” “Itulah… Aku jarang tengok dia try2 nak buat benda ‘jahat’ ni.” “Serius ke dia ni? Dia memang tak nak rasa sikit ke nikmat dunia ni?”   “Baiknya dia…” “Sejuk mata aku memandang.” “Mesti sejuk perut mak dia mengandungkan dia kan?” “Baiknya dia...

Human.

Image
I can hold my breath, I can bite my tongue, I can stay awake for days, If that's what you want, Be your number one . I can fake a smile, I can force a laugh, I can dance and play the part, If that's what you ask, Give you all I am . I can do it, I can do it, I can do it, But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human . I can turn it on, Be a good machine, I can hold the weight of worlds, If that's what you need, Be your everything . I can do it, I can do it, I'll get through it … But I'm only human, And I bleed when I fall down, I'm only human, And I crash and I break down, Your words in my head, knives in my heart, You build me up and then I fall apart, 'Cause I'm only human, I'm only human, I'm only human, Just a little human, I can...

Janji dan Perubahan.

Image
Suatu masa dahulu, Aku pernah mengaku, Di hadapan Yang Maha Satu, Bahawa aku ini batu. Ke kiri ke kanan melilau, Jatuh bangun aku tak pernah hirau, Putih hitam hati aku biar diri dipukau, Baik buruk semua aku pulau. Gembira ku sangka bahagia, Bahagia ku sangka kekal selamanya, Rupanya itu semua dusta semata, Yang menarik aku jauh lebih lupa. Lupa pada Kau, Yang Mustahil darinya, Lalai dari Tuhan Sang Pencipta, Leka dengan nikmat duniaNya, Penyakit yang sentiasa berjaya. Aku malu, Untuk bertemu denganMu, Dalam keadaan sebegitu, Penuh dengan dosa yang berdebu. Kau jaga aku, Kau bimbing aku, Kau berikan aku, Hidayah secara bertalu-talu. Kau ingatkan aku, Kau sedarkan aku, Kau bangkitkan aku, Buka mata dan hatiku, Melihat suatu perkara yg aku tak pernah tahu, Kewujudannya sebelum itu. Malam yang hening, Ku tadahkan tangan yang kering, Meluahkan isi hati yang pusing, Bersaksikan malaikat yang sentiasa mengiring. Butir-butir jernih mengalir, Tur...

Bangkai.

Image
Aku termenung lama, Melihat bangkai itu, Merenung apa yang telah terjadi, Hingga dia jadi begitu. Aku membayangkan, Dia telah lama terdampar, Menunggu dalam kesakitan, Mengharap agar ada bantuan yang datang. Dalam keperitan, Masih mampu bersabar, Melawan rasa yang semakin menggigit, Menahan rasa yang semakin menyeksa. Dalam kesedihan, Masih mampu untuk melawan, Arus ombak yang tidak pernah berhenti, Untuk kembali ke lautan yang diidami. Detik demi detik berlalu, Jam demi jam menghilang, Hari demi hari berlepas lalu, Namun masih tiada yang membantu. Kekuatan dalam diri sedikit demi sedikit menghilang, Keinginan untuk hidup sedikit demi sedikit berkurang, Penglihatan semakin lama semakin kabur, Pendengaran semakin lama semakin kurang jelasnya. Nafas semakin sesak, Jantung berdegup kencang, Sakit sesak lagi menyesakkan, Sempit bagai ada yang menghalang. Pedih. Seperti pokok yang telah bercambah akarnya dicabut keras sekali, Seperti kuku ditanggal...

Aku dan 'aku'.

Image
Dia tanya, Mana satu aku, Aku tak tahu, Kerana bukan aku yang menjadi penentu. Kadangkala aku adalah aku, Kadangkala aku adalah ‘aku’, Hari demi hari berlalu, Membiarkan aku termangu-mangu. Walaubagaimanapun, aku tahu sesuatu, yang menjadi pembeza ini dan itu, Dan jikalau kau tahu, aku sangatlah terharu. Sahabat, Insan yang muncul dikala ku kaku, Bingung tidak tahu ke mana arah hendak dituju, Kau muncul membimbing aku ke arah yang satu. Hanya sahabat sejati yang dapat mengenali aku diantara yang dua itu, Kerana mungkin yg dua itu tidak cukup untuk menerangkan siapa aku, Lebih-lebih lagi jikalau dua-dua itu sebenarnya bukan aku, Duh ketahuilah muka buku ini hanya sekadar untuk menipu. Dua tidak semestinya melambangkan yang satu, Kerana satu tetap selamanya satu, Tapi dari satu itu mampu bercambah kepada beribu, Oh maafkan aku, aku membuatkan kau keliru. Mari sini aku bantu, Dengan pesanan yang jitu, Yang mampu membuat kau restu, Dengan siapa sebenarnya...